Jika kau bertanya padaku adakah aku rindukan dirimu dan aku menjawab “aku rindu padamu” adakah kau percaya? Dan jika kau bertanya lagi padaku adakah aku rindukan dirimu dan aku menjawab “lihatlah pantai itu tidak pernah ia menghilang tetap teguh dan setia pada ombak walau kadang rajuk dan hilang pasirnya kerana kasar dan ganasnya ombak tetap setia tidak kemana begitulah rinduku padamu”adakah kau percaya? Dan jika kau bertanyakan lagi padaku adakah aku rindukan dirimu dan aku menjawab “cuba tanya pada siang dan malam tidak pernah ia melupakan antaranya sentiasa merindu hingga akhir dunia rindu yang tak pernah jemu begitulah rinduku padamu” adakah kau percaya?
No comments:
Post a Comment