26 June, 2011

26/6/2011-dila tekad tuk abaikn hati dila y tikat pd syahir smpai hari ini...
ntah mgape,dila rs syhir blh truskn hdup tnpa dila dan tu jgk y dila akn bt spt y syhir bt..
tp adakah dila kuat tuk hadapi hdup dlm byangn SYAFA??
dila yakin dgn takdirnya, andai dia dtakdirkn jd pasangn ku..ku trma ape adanya..
tiada mnusia y sempurna..
andai ini y terbaik tuk kte bdua..
dila relakn perpisahan kte..knangn pahit dan manis ttp tsemat dlm hati kte wlaupn kte tpisah jauh..
semoga dberi kekuatan dlm mghadapi hari2 mdtg..

20 June, 2011


Kerana Aku Mencintaimu



                  Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu.
Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu.





Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu

Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu

Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu

Kerana cintaku padamu,

Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram

Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh

Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah

.

Kerana cinta ini,

Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,

Ku tak ingin mempesonakan mu,

Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,

Atau pun menaruh harap padaku.

Maka biarlah……

Aku bersikap tegas padamu,

Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,

Biarkan aku bersikap dingin,

Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,

Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….

Semua itu kerana aku mencintaimu,

Demi keselamatanmu,

Demi kemuliaanmu.

.

Lantaran. . . 

Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan

Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..

Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri

Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta

Namun bagiku

Aku mecintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,

bukan kerana ku ingin berpaling darimu,

tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis

Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,

bukan kerana aku ingin menyakitimu,

namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,

bukan kerana ku membencimu

Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak

Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku

Menjaga kesucianmu dan kesucianku

Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku

Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku



Leraikan Beban Dijiwa Dengan Memaafkan

Memaafkan Bukan Mudah!

Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[Al-Baqarah:216 ]


Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat.
Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.
Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai..

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua’alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

”Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-Baqarah: 224]
Dan sesungguhnya setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

Semoga peringatan ini dapat sentiasa menjadi peringatan kepada diri saya sendiri, supaya terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik. saya juga manusia yang punyai seribu satu kelemahan dan kekurangan diri.InsyaAllah kita sama sama berusaha untuk mendapat keredhaan dariNya ~


~ Memaafkan bukan bermakna kita di pihak yang betul, dan pihak yang satu lagi bersalah. . .kadang, ia kerana kita menilai harga sebuah persahabatan itu lebih tinggi dari EGO sendiri. . .

Mahkamah Hati


Keberanian itu datangnya bersama keberanian , sedangkan ketakutan itu wujud kerana kesalahan.
Benar itu menjadi sumber keberanian , salah itu pula punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan lantaran diri terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyiksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan , apatah lagi bersalah kepada ALLAH. Seperti mana undang - undang itu ada tempat pengadilannya , begitu juga dengan kita . . .ada mahkamah yang mengadili kekhilafan diri.

MAHKAMAH DUNIA

Yang mana saksi , pendakwa & hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kadang, dengan kebijaksanaan & kelicikan , mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas , sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru , masyhurlah kata hukama ; 
tidak ada keadilan yang muktamad & mutlak di dunia ini ~ Jerung sering bolos , bilis sahaja sering di gilis.




MAHKAMAH AKHIRAT


Yang mana hakimnya adalah ALLAH yang Maha Adil. Di sana nanti , yang benar akan terserlah , yang salah pasti kalah. Akan terbukti segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan 'hidup' untuk menjadi saksi. Kulit , tangan , kaki & segala anggota badan kita akan bercakap sebagai saksi yang nyata. Rupa - rupanya 'body' yang kita jaga , elus & belai kini , akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.


MAHKAMAH HATI

Saksi , pendakwa & hakimnya adalah HATI kita sendiri. HATI kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.

Ya , dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia , tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri. Kita mungkin mampu menipu manusia , tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah & diri sendiri. Maka , ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati. Setiap masa , setiap ketika & di setiap suasana hati kecil akan bersuara..Tidak tega dengan kesalahan , tidak rela dengan kemungkaran.

DOSA itu derita , kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada JIWA. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama , perlanggaran ke atas fitrah HATI yang tabii. Kedua , perlanggaran terhadap Allah zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan ~

Jangan dilawan FITRAH sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur , dididik & dipimpin maka , jalan hidup akan harmoni & bahagia. Sebaliknya , jika fitrah yang baik itu dibiarkan , diabaikan apatah lagi jika ditentang maka , tidak akan ada lagi kebahagiaan & ketenangan.
So , hati-hati menjaga hati , agar hati itu tidak mati !


Oleh itu , awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak. Kata ulama ; mujurlah dosa itu tidak berbau , jika tidak , tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita ~


Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya ~ Rasulullah S.A.W

Sebelum Diri Mu Halal Untuk Aku





Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku ~

Di belahan Bumi mana pun kamu berada

Bagi ku kau bunga, tak mampu aku samakan mu dengan bunga terindah sekalipun. 

Bagi ku manusia adalah makhluk yang terindah , tersempurna , dan tertinggi.

Bagiku dirimu salah satu dari semua itu.

Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh , kerana ia akan membuatkan ku mengingatmu.

Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.

Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. 

Membuatku inginkanmu sepenuh hati , seluruh jiwa , sesemangat mentari.

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. 

Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung.

Ada ingin tetapi tiada henti. 

Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh.

Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.

Mungkin kau tak peduli. 

Tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.

Dan tidak lebih dari wanita biasa.

Jangan pernah kau tatapku penuh.

Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.

Bukan kerana aku terlalu indah , tapi kerana aku seorang yang masih kotor.

Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku , mengenakan pakaian sutra emas. 

Meniru gaya para ustaz , meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. 

Kau memang suci , tapi masih sangat mungkin kau tergugat.

Kerana kau hanya manusia ~ hanya wanita.

Berilah sepenuh diri kepada lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.

Tunggulah lelaki itu menjemputmu , dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.

Atau kejarlah sang lelaki suci itu , kerana itu adalah hakmu , seperti dicontohkan oleh Khadijah.

Janganlah ada ragu , janganlah ada malu , semua telah terukir di dalam kitab suci.

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.

Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu.

Mungkin sekarang atau nanti , bahkan mungkin tiada sampai kau mati

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini.

Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu.

Yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.

Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu , tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah.

Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu , melainkan pada jalan yang kau pilih.

Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu 

Yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima takdir Sang Pencipta

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.




Mengapa Harus Berpisah Andai Bersama Itu Bahagia


Disaat kamu ingin meninggalkan dia
Ingatlah pada saat kamu ingin memilikinya
Disaat kamu mula tidak lagi mencintainya
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mula menduakan dirinya
Ingatlah betapa setia cintanya
Disaat kamu mahu menipunya
Ingatlah setiap jujur katanya

Tidak terasa kah oleh mu betapa dia pernah sangat bererti pada mu ? Haruskah setelah dia benar - benar pergi , baru kamu menyedari erti cintanya pada mu ? Tidak mudah mencapai mimpi. Namun yang lebih sukar, mempertahankannya. Ingat lah pada pepatah ;jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai , maka sukai lah apa yang kamu miliki.

Apa lagi yang mahu direbutkan ? Jangan terlalu berkira dalam soal cinta. Jangan hanya mahu menang sndiri. Jangan terus hati orang disakiti , kelak terluka diri kamu sendiri. Belajarlah untuk menerima dan memberi. Selalu berlapang dada dan mengalah ;
 beralah bukan bermakna kita lemah. 

Mengapa Harus Berpisah Andai Bersama Itu Bahagia


Disaat kamu ingin meninggalkan dia
Ingatlah pada saat kamu ingin memilikinya
Disaat kamu mula tidak lagi mencintainya
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mula menduakan dirinya
Ingatlah betapa setia cintanya
Disaat kamu mahu menipunya
Ingatlah setiap jujur katanya

Tidak terasa kah oleh mu betapa dia pernah sangat bererti pada mu ? Haruskah setelah dia benar - benar pergi , baru kamu menyedari erti cintanya pada mu ? Tidak mudah mencapai mimpi. Namun yang lebih sukar, mempertahankannya. Ingat lah pada pepatah ;jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai , maka sukai lah apa yang kamu miliki.

Apa lagi yang mahu direbutkan ? Jangan terlalu berkira dalam soal cinta. Jangan hanya mahu menang sndiri. Jangan terus hati orang disakiti , kelak terluka diri kamu sendiri. Belajarlah untuk menerima dan memberi. Selalu berlapang dada dan mengalah ;
 beralah bukan bermakna kita lemah. 

Cinta ~ Keinginan Itu Menyakitkan



Bila kita jatuh cinta dengan seseorang jangan menyeksa diri dengan kebimbangan cinta kita akan ditolak.
Jatuh cinta tidak pernah salah kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan cinta. Cuma kadang , kita jatuh cinta pada orang yang salah. Wujudnya cinta dengan pemberian bukan penerimaan atau pengharapan.


Kebahagiaan MEMBERI cinta lebih indah dari kebahagiaan MENERIMA cinta. Jelas cinta itu ada 'sedap'nya , ada sakitnya , terutama  bila kita MENGINGINKAN sesuatu yang kita cintai , rasa keinginan itulah yang menyakitkan sebenarnya.

Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu. Jangan sakiti jiwa dengan menanggung beban perasaan , mengharap semuanya mampu di pikul bahu.

Keinginan mampu untuk MEMILIKI , mungkin tidak kesampaian tapi , selalunya cinta yang diberi seadanya takkan brtepuk sebelah tangan.


Baru kusedari , cintaku bertepuk sebelah tangan :)

Tangisan Lelaki Itu

Sehampa apa pun masa silam itu , tidak akan dapat kita ulangi untuk memungkinkan bahagia pada masa depan , namun kita harus menapak keluar dari kecewa untuk capai bahagia.

Sekeras apa pun , terciptanya hati si Adam itu , dia juga akan mengalirkan airmata disaat hatinya terluka.
Namun , usah jadikan ia satu peluang bagi kamu ; si Hawa , mengambil kesempatan di atas 'kelemahan'nya. Seandainya dia bukan orang yang mampu membuat kamu bahagia , lepaskan lah ~

Disaat seseornag lelaki itu benar - benar jatuh cinta dan setia pada wanitanya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas , hati yang selamai ini dianggap keras , mungkin kini mampu menjadi selembut kapas bahkan sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi kamu yang dicintainya.

Buat kamu ; wanita yang pernah 'mengusik' EGO lelaki mu , sedarilah dia yang GAGAH itu tidak akan berubah menjadi anak - anak kecil menangis tanpa memikirkan egonya jika dia tidak benar - benar JUJUR dan IKHLAS dengan perasaannya terhadapmu.

Dan , disaat perpisahan adalah jalan terakhir sesuatu perhubungan , jangan sangka tiada kepedihan yang menghiris jiwa nya kerana walau mungkin tidak kelihatan airmatanya , kadang kesedihan hanya mampu dipendamkan saja di lubuk hati paling dalam untuk dia tangisi dalam diam.

peristiwa xdirncng 19-6-11


Mencintai Mu Dalam Diam Ku

Kau tahu keras hatiku

Untuk berpaling memandangmu

Itu tidak mungkin ku mahu

Apatah lagi memujamu

Terlalu janggal bagi hatiku

Kerana cinta tiada untukmu

Pintu hati terpaku kaku

Enggan terbuka untukmu



Kau tahu aku begitu

Tiada ku mengambil tahu

Sebenarnya siapa dirimu

Sebenarnya apa maksud bicaramu

Ku nafikan segala nafsu

Untuk sayangimu

Tersenyum padamu

Atau mendengarimu

Kerna dunia maya ini adalah nafsi

Yang indah itu bukan realiti



Namun siapalah aku ini

Sedang hati kepunyaan Rabbi

Menolak senyummu bagai menjerut tawaku

Memekakkan ceritamu bagai membunuh rasaku



Kini....ku akui

Aku dibelenggu emosi

Berperang melawan rindu

Senda gurau usikan manjamu

Dirimu penuh pesona

Bicaramu luar biasa



Di dalam enggan & diamku...

Tanpa rela & sedarku..

Kamu telah wujud di situ

Menjadi penghuni

Dalam palung hati

Tanpa perlu kau memujuk rayu

Dengan rela aku mendengarmu

Berceritalah selama mana mahumu



Bermula kata dimalam hari

Hingga bening dini dijengah mentari

Dengan setia kumenemani

Mendengarmu melakar mimpi

Melayanmu mengukir janji



Aku akan mencintai kamu

Dalam diamku

Kerana sedarku

Kerana kutahu

Beza kau & jua aku

Terlalu sukar untuk bersatu



Nilai cinta ini terlalu berat

Hati kita harus kuat

Rentaknya mulai canggung

Beban jiwa tidak tertanggung

Percintaan ini pasti hebat

Kita mulai rasa penat

Bertahan kita selagi larat



Walau pasti diri ini

Hanya disempadan ilusi

Dunia kita berbeda mimpi

Dimana pun terhentinya nanti

Bila lenaku tiada bermimpi

Tiada ku menuntut janji



Andai kelak aku pergi

Atau tiada lagi aku di hati

Palung hati tiada penghuni

Kumahu kau mengerti



Kau pernah kusayangi

...dan menjadi pujaan hati ~

Baik - Baik Sayang


Aku  percaya , bila perpisahan adalah jalan terbaik. . .bukan cuma aku yang merasai peritnya. Bukan cuma aku yang meratapi luka di hati . Aku tahu , di sana , dia juga terluka. Mungkin , tidak seberat apa yang aku rasai tapi aku pasti , dia juga sebenarnya terluka hati. Walau perpisahan ini , kemahuannya sendiri , aku percaya , dia ada sebabnya. 


Kita TERPAKSA lupakan satu sama lain bermula dari hari ini ~ringkas tapi cukup jelas .

Perpisahan ; seharusnya menjadi jalan terakhir yang menjadi pilihan disaat kita buntu mencari penyelesaian yang memungkinkan sesuatu hubungan itu bertahan. Namun, seringkali perpisahan ini terlupa tentang keadilan dalan perhubungan , yang mana seharusnya , masing - masing ada hak untuk berlaku adil terhadap hati dan perasaan masing - masing.

Bila perpisahan menjadi jalan terbaik , bukankah itu menunjukkan yang kedua - dua pihak telah bersetuju untuk mengambil jalan itu sebagai penyelesaian ? Ironinya , pengakhiran sesuatu hubungan itu tidak sepertimana ia bermula dimana , keinginan dan persetujuan kedua - dua pihak didengari. Yang paling menyakitkan adalah, apabila hubungan itu diakhiri tanpa sebarang alasan malah kadang 'si dia' terus pergi tanpa pesan.

Kadang , dia memberi alasan tapi kita mahukan penjelasan. Kadang , penjelasan sudah diberikan namun kita menganggap ia sebagai alasan. yang sebenarnya , hati kita cuma tidak redha , tidak rela ditinggalkan. Kadang , adalah lebih baik kita meninggalkan daripada kita ditinggalkan.
Saat perpisahan yang paling berat untuk ditanggung , adalah ketika hati benar - benar dibuai bahagia , disaat lidah telah berjanji segala , disaat angan tinggi mengharap , tiba - tiba si dia memohon agar kita teruskan hidup tanpa dia dengan sebaiknya. Kadang , perasaan ingin tahu kenapa harus berpisah itu sangat kuat namun , lantaran cinta , dan janji untuk tidak mempersoalkan apa jua keputusan , semuanya terus ditelan , akhirnya sendirian menahan kesedihan ~



Duhai duka. . .pergilah jauh - jauh. . .demi Tuhan , aku lelah !

Tiada Lagi Cinta ~ Mampukah Kita Redha ?

Disaat kamu mula mencintai , kamu fikir kamu telah bersedia untuk dilukai , namun disaat perpisahan itu terjadi , baru kamu sedari, kamu tidak cukup kuat untuk menerimanya sepenuh hati , seringkali , yang terjadi kamu kesali, menanyakan si dia di mana kelemahan diri , kadang , kamu tegar menunding jari , menuduh si dia mungkiri janji , semata - mata mahu memujuk hati sendiri.
Ayat pujuk hati ~

Bila apa yang kamu impikan ternyata hanyalah sekadar impian , tiada harapan yang mampu kamu jadikan kenyataan, kamu cuba mencari siapakah antara kamu dan dia punca kesilapan , kadang , senekad mana dia menyatakan kamu sudah tiada dalam hatinya , senekad itu juga lah kamu mahu menyambung semula apa yang sudah tiada.


Bukan kamu tiada harga diri , bukan kamu tiada ego untuk dihormati tapi si dia itu pada kamu cukup bererti. Bukan juga tiada insan lain yang sudi menjaga hati , bukan tiada dia yang sanggup berkorban apa saja demi menjadi pemilik hati , tapi hati kamu itu telah kamu serahkan pada si dia yang tidak mahu menghargai.

Aku ; juga seperti kamu sebenarnya. Masih berharap , pada cinta yang telah pergi. Namun, akal waras ku ini sudah cukup jelas , cinta itu bukan cinta kalau hadirnya kerana belas. Lantaran itu , walaupun aku sering merasakan aku TIDAK MAMPU [kerana sebenarnya , aku TIDAK MAHU] melalui hari - hari tanpa dia , aku belajar membatasi diri dari terus - terus melara hati , malah , aku telah , sedang dan akan terus belajar menjaga hati ku sendiri kerana hati aku ini , cuma aku yang mengerti.




Suara dengarkanlah aku , apa khabarnya pujaan hatiku. . .aku , di sini menunggunya , masih BERHARAP di dalam hatinya ~

aku wanita biasa


Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak,
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Kepadamu yang akan memilihku kelak,
Aku tak sebijak bonda Khadijah, makanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.
Duhai kau yang akan memilihku kelak,
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan si kecil kita nanti – insya’Allah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membersih istana kecil kita, agar kau dan si kecil kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. Atau kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga si kecil kita yang sedang sakit dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak, 
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan hilang kawalan, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku harapkan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak,
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah,
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku, 
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah..

Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku..

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Aku hanya wanita biasa..

Yang tercipta untukmu dengan izin redhaNYA. . . .

putus cinta

12 June, 2011

Jangan pernah katakan cinta
Jika kamu tidak pernah peduli


Jangan bicara tentang perasaan
Jika rasa itu tidak pernah ada

Jangan pernah genggam jemari
Jika berniat membuat patah hati

Jangan pernah katakan selamanya
Jika berniat untuk berpisah

Jangan pernah menatap mataku
Jika yang kamu ucapkan adalah kebohongan

Jangan pernah ucapkan "Halo"
Jika berniat mengucapkan "Selamat Tinggal"

Jangan pernah bilang kalau "Akulah satu-satunya"
Jika kamu mengimpikan yang lainnya

Jangan pernah mengunci hatiku
Jika kamu tidak punya kuncinya

Cinta itu akan menjadi kematian bagimu,
kalo kamu...terperangkap olehnya.
Cinta bagai misteri datang dan pergi tanpa permisi.

Kamu tak perlu mencarinya... 
Karena cinta akan datang pada waktu yang tepat.
Kamu tak dapat membelinya...
karena harga sebuah cinta sangatlah mahal

Cinta akan lahir pada saat yang tepat tanpa kita ketahui kapan, 
dan tanpa kita ketahui kepada siapa.
 
Jika suatu hari pasangan anda mengatakan "Aku tak mencintaimu lagi", 
susah bagi sebagian orang.
Biarkan berlalu karena cinta tak dapat dipaksakan.
Jika cinta dipaksakan cinta tersebut layaknya akan dapat meledak menjadi kebencian.
Cinta akan datang kembali kepada kamu suatu waktu, 
Entah kapan... pokoknya pada waktu yang tepat menurut ukuran Allah.

Allah tak akan membiarkan kamu sendirian.
Allah tak akan membiarkan kamu sendirian.
Percaya dan Yakinkan itu...


Lalu bagaimana dengan perasaan kamu kalo kamu ditinggal ama cinta ?
Simpanlah dalam-dalam cinta tersebut.
Kenanglah sebagai bagian dari pengalaman hidupmu.
Menangislah jika perlu.
Berbahagialah karena anda pernah dicintai, 
berbahagia karena cinta pernah ada di hatimu. 
Dan instropeksi akan kekurangan kita.

Bagi yang cowok... 
Jangan pernah jadikan kecantikan sebagai ukuran kamu untuk mencintai seseorang 
karena akan sangat gampang sekali membuat cinta terus menguasai dirimu. 
Tapi pandanglah jauh ke depan dan pikirkan baik-baik 
karena semua akan menyangkut masa depanmu.

Bagi yang cewek... 
Jangan jadikan uang, kedudukan dan segala yang fana jadi titik point dari Cintamu.. 
karena akan sangat gampang sekali uang, kedudukan dan segala yang fana akan membutakan cintamu.
Seolah-olah engkau hanya cinta akan uang, kedudukan dan segala yang fana 
daripada kamu sendiri merasakan cinta itu

Bagaimana jika cinta hilang dalam sebuah perkawinan ?
Dalam suatu perkawinan, cinta adalah cinta yang harus dipertanggungjawabkan.. 
kepada Tuhan dan kepada suami/istri dan kepada anak (jika ada).
Kamu nggak bisa pergi begitu saja dengan mengatakan "Aku tak mencintai kamu lagi."

Dalam sebuah perkawinan
"ANDA" adalah dua menjadi satu
"ANDA" adalah suami/istri dan kamu sendiri.
Jangan turuti kemauan anda tapi turuti kemauan "ANDA".
Bagi anda yang mencintai, ubahlah makna cinta menjadi KASIH.

Cinta itu bersemayam di dalam hati (bukan di otak atau pikiran), 
jika hati anda penuh dengan kasih, cinta tak akan pernah hilang dari diri anda.

Kasih itu sabar ;
Kasih tidak cemburu ;
Kasih menerima apa adanya dan memberi yang ada ;

Kasih itu komitmen..
sehingga seseorang yang memiliki kasih tak akan melupakan cintanya ;

Kasih itu mengampuni dan memaafkan :
Kasih adalah Cinta Sejati karena berasal dari Tuhan. 
Tanamkan Kasih di hati anda sejak awal maka Cinta anda tak akan hilang

Tanamkan kasih maka kamu akan bertahan... 
jika kekasihmu mengatakan, "Aku tak mencintaimu lagi" 
Berat memang, apalagi jika kita masih mengasihi dia.
Jika kamu dan pasangan kamu memiliki kasih, 
kamu berdua boleh mengatakan : "Orang ketiga ? Siapa takutttt"

Segala perubahan butuh waktu.

Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria
 Menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu
 Kemudian aku bertanya
 Bila keceriaan itu kelam dirundung duka
 Seberapa muram cintamu kan ada?

Jika kau mencintaiku karena kecantikanku
 Menyejukkan setiap mata yang memandangnya
 Kemudian aku bertanya
 Saat kecantikan itu memudar ditempuh usia
 Seberapa pudarkah kelak cintamu padaku?

 Jika kau mencintaiku karena ramah hatiku
 Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
 Kemudian aku bertanya
 Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
 Seberapa mampu cintamu memendam praduga?

 Jika kau mencintaiku karena cerdasnya diriku
 Membuatmu yakin pada putusanku
 Kemudian aku bertanya
 Ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua
 Seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapku?

 Jika kau mencintaiku karena kemandirian yang ku miliki
 Menyematkan rasa bangga mu yang mengenalku
 Kemudian aku bertanya
 Jika di tengah itu rasa manjaku tiba menyeruak
 Seberapa tangguh cintamu tuk tetap bersamaku?

 Jika kau mencintaiku karena tegarnya sikapku
 Menambatkan rasa kagum pada kokohnya pertahananmu
 Kemudian aku bertanya
 Andai ketegaran itu rapuh diterpa badai
 Seberapa kuat cintamu bertahan?

Jika kau mencintaiku karena pengertian yang ku berikan
 Menumbuhkan ketenangan karena kepercayaan yang ku tanam
 Kemudian aku bertanya
 Kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
 Seberapa kau mampu mengerti cinta ini?

 Jika kau mencintaiku karena luasnya danau kesabaranku
 Menambah dalamnya rasa cinta semakin kau mengenalku
 Kemudian aku bertanya
 Mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku
 Seberapa besar cinta mampu memaafkan?

 Jika kau mencintaiku karena keteguhan imanku
 Bagai siradj yang benderang mengantarkan cahaya
 Kemudian aku bertanya
 Kala iman itu jatuh menurun
 Seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?

 Jika kau mencintaiku karena
 Ku yang tlah kau pilih sebagai cinta yang kan kau pegang sepanjang hayat
 Kemudian aku bertanya
 Pun hati ini tergoncang
 Seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?

 Andai sejuta alasan tak cukup
 Untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku
 Maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cinta ini....

 Aku ingin kau cintai karena Allah..
 Karena Dia kan selalu ada tuk menjaga
 Maka cintaku kan tetap utuh dan setia
 Hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu
 Karena cintaku berpulang pada-Nya..