30 September, 2011


Ya ALLAH..

ajarkan aku keikhlasan..

ajarkan aku bagaimana menerima..

dan ajarkan aku tentang kelapangan dada..

Ya ALLAH..

jika dia ditakdirkn menjadi milikku..

dan jika dia pergi dariku..

izinkan aku mampu menahan diriku..

saat diri pilu..jiwa terpukul dan terluka..

ku yakin itu adalah ujian dr MU..

redhakanlah Ya ALLAH jiwa ini atas segala keputusanMU..

25 September, 2011

maafkn nor fadillah.

  • 12 hours ago
    Iffat Bullet
    • ok la..maaf ek.=) salam ilah,awk bukan lala sy..awk ilah mr s tu..
  • 7 hours ago
    Dila Azmi
    • maafkan aku trpksa mbiarkn dirimu pergi..tiada apa lg yg trtnggl lg di sudut hati ini..sewaktu dikau ku trima dahulu seawal prkenalan kita,smemangnya hti ini tlah pn trluka dn brderai oleh cnta lma..namun ku gagahi jua,mencantumkn kembali utk mnerimamu..kini bru ku sedari sememangnya tiada apa lg yg trtnggl di hati wlau plbgai cara dilakukn..ku umpama b0neka yg tiada punyai prasaan..maafkan aku..lbh baik kau trluka kini dr trluka di kmudian hari..slepas ini,mmg aku akn mnyendiri mgkin hngga akhir nanti.. aku tlah kehilangan sgalanya yg ada pd diri dn hiduplah aku tnpa ada apa2 perasaan di sanubari...maafkn nor fadillah,salam...

peringatan btku...


  • 18 September
    Muhammad Syahir
    • dah lama asyik hentam abg ja kan??
      sronok s hentam sbb abg x mlawan kan?
      meh ni nak jwb semua soalan2 tu...
      drpd mula kita bercinta smpai la saat abg tulis bnda ni,cinta abg pd b x pnh bkurang atau brubah skit pun..
      pasni tpulang la nak kt apa pun kat abg..
  • 7 hours ago
    Dila Azmi
    • usahlah dianggap melepaskanmu pergi adalah kerana sudah tiada lg cnta yg brsemi.kerna cintanya aku trhadapmu,ku relakan kau pergi mencari insan laen yg sudi menghulur cinta abadi..pujangga prnah mengatakan cinta itu tdk semestinya harus memiliki..itu saja yg dpt ku katakan kerna ku thu pastinya diri ini sudah kau benci..kau pergi bkn ku benci,namun kau yg xmengerti mngapa prpisahan ini harus terjadi..walau di mana saja kau berada,doaku slalu mengiringi agar kau ketemu bahagia yg dicari..
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸

pintarnya kamu mencuri hati...

walau aku berlari...

kamu mengejar tanpa henti..

lantas bila ku beri tidak kamu hargai..

dgn alasan cinta kita ada yg kurang senangi

walaupun kamu mengatakan hanya diriku yg dicintai..

Apakah makna sebenar CINTA ini?

❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸
benar kata SPRING - KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA....♥♥

namun seperti kata STINGS - ADAKAH KAU SETIA??

walhal diriku x ubah seperti RAHMAT - HANYA SEGENGGAM SETIA..

sekiranya kita seperti SCREEN - KITA DITAKDIRKAN BERPISAH.. :(

ku hanya seperti ILUSI - SEGALANYA KU TERIMA..

walau hati ini seperti ARROW - NIAT HATI X NK BERPISAH...

akanku turuti KAPILLA - MERINDU TANPA KATA...

ketika itu diriku seperti SCOIN - KU MENANGIS KEHILANGAN 

MU...

akan ku ajukan permintaan EYE - IZINKAN SELAMANYA 

NAMAMU DI HATI...♥

& diriku hanyalah seperti OKAY - KU RELAKAN DIKAU 

PERGI....:(
..Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu beerti dia tidak dapat menahannya lagi..

..Jika kamu memegang tangannya disaat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
..Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu..

Selamanya,..

..Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Dia menjadi lemah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi..

..Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egonya..

Lelaki,..

..Jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong peganng tangannya dengan pengertian,
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
Tolong jangan mensia-siakannya..

Lelaki,..

..Jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Mungkin kerana keputusanmu,kau merosak kehidupannya,
Saat dia menangis di hadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya,..
Dapatkkah kau liihat dan rasakan sakit yang ddirasakannya??

Fikirkan,..

..Wanita mana lagikah yyang akan menangis dengan murni, penuh rasa kasih sayang,
Di depanmu dan keranamu,
Dia menangis bukan kerana lemah,
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati dan rasa kasihan,
Dia menangis....kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi..

Lelaki,..

..Fikirkanlah tentang hal itu,
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan sesemuanya kerana dirimu,
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah engkau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapannya..

Pertimbangkanlah,..

..Kerana suatu hari nanti,
Mungin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk kau mengatakan kata 'MAAF'!!

18 September, 2011

Maafkan aku yg mengenalmu ...
karena, dengan mengenalmu aku mencintaimu ...
karena dengan mengenalmu aku menginginkan hatimu ...
Aku bukan cinta yang kau harapkan dan mesti ku tak mampu memilikimu ...
Aku tetap menyayangi mu sebatas yang aku mampu ...
untuk merindukanmu disetiap helai nafasku ...
Menyayangimu bukan berarti ku harus milikimu seutuhnya ...
Biarlah kau tak bisa ku miliki untuk selamanya ...
asal kau bahagia dengan apa yang kau miliki yang tak kau temukan dariku ...

TUHAN aturkan antara kta
dgan 1 p’temuan,dlam 1 p’temuan
dttapkan 2 hati,SYE dan AWAK ,dlam 2hati 

d’brikan 3 rasa, SYG,KASIH,KASIHAN,dlam 3 

rasa itu diselitkan 4 tujuan 

B’KENALAN,B’TEMAN,B’KAWAN dan
B’SAMA ..dlm 4 tujuan itu t’sembnyi 5 

perkataan TMAN BAIK SLALU D CC , dlam 5 

p’rkataan itu t’selitkan 6 impian iaitu 

SYG,KEKAL,SETIA,M’NGERTI,

M’HARGAI dan M’GINGATI.. ^^
yang mengerti akan memahami

yang tersurat telah terjadi

yang tersirat masih belum diketahui

mengapa dinanti lagi

andai kau tahu ianya tak pasti

bangkitlah kau dari kejatuhan ini

usah disemai kasihmu lagi

pada hati yang tak bersudi

berlalulah kau pergi

membawa keping2 hatimu sepi

jangan ditangisi atas apa yang terjadi...

itulah pesan si pari pari....
betulkah tindakan yg ku ambil ini..
mlepaskn dikau prgi mencari cnta yg lain
walaupn ia mlukakn hati..bkn kerna ku benci,
tetapi kerna diri ini maseh dihantui
cnta yg prnah kcundang didustai..bkn juga ku tdk mampu 

mlupai,tetapi dahulunya ku
serahkn sgalanya spnuh hati
shingga tiada apa tertinggal lg..
 
Smoga bhagia itu kau dpt miliki,
walaupun bkn dgnku disisi..
usah dipdulikan diri ini lg,
mungkin trmaktub diriku brsendiri sepi..


Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,

Aku belajar mengalah dari sebuah keegoisan,

Aku belajar tegar dari kehilangan :')

sepi bukan berarti hilang, diam bukan berarti lupa,

Jika kamu tidak punya waktu untukku, aku akan mengerti...

Jika kamu belum bisa lepas darinya, aku akan mengerti...

Tetapi jika suatu hari nanti aku berhenti mencintaimu,
itulah giliranmu untuk mengerti. 

16 September, 2011

Semakin ku cuba lupakan dia,
semakin ku mengingatinya,
ku biarkan saja yg mengubati hatiku,
dan dia akn menjdi kenangan yg
paling terindah di dalam hdup ini..
dia akn menjdi sebahagian dr hdp ku,
tpi aku tdk akn menyeksa
driku dgn terus mengingati dia..
kerana aku msi bisa buka lembaran yg bru.

PAHIT JANGAN D BUANG TERUS,

MANIS JANGAN DI TELAN TERUS.

sejauh mana kejujuran kamu........

setinggi mana kepercayaan kmu.......

siapa sebernarnya aku pada mu.........

selagi ada hayat, selagi itulah aku akn mencintai mu......

x kisahlah kmu percaya atau tidak.....

cukuplah Tuhan tau....

♥♥♥ miss you♥♥♥

♥♥♥ love you♥♥♥ 

Kulihat cermin kenangan.
wajahmu senantiasa menjelma walaupun
engkau berada entah di mana. Jika hendak dilupai.
itu adalah mustahil bagiku

14 September, 2011

´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯

`•.♥•´¯`•..♥•.♥•♪♫♥.•´¯`•.♥¸•´


satu rentak...satu bicara..

berulang cuba mengerti masih

 tidak ku fahami...

merindui dirinya yg TERISTIMEWA..

buah hati kesayangan hamba...

degilnya cinta hingga setia..

jurang yg ada ditempuhi juga..

pernah terfikir ingin dilupakan sahaja..

apatah lagi jauh dimata..

tapi hati degilnya tak disangka..

pagi,petang siang malam hanya dia wajah 

kesayangan hamba yg ada..

cemburu mmg ada kerana terlalu cinta 

hamba pendamkan sahaja..

buah hati kesayangan hamba bukan diri ini 

terlalu memuja..

tapi entah mengapa...

ketegasan mu dalam 

agama membuat cinta ini terasa mulia..

telah ku pagarkan cinta 

dikelilingi hati dan jiwa..

agar sentiasa percaya pada dirimu BUAH 

HATI KESAYANGAN HAMBA...
•´
¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯

`•.♥•´¯`•..♥•.♥•♪♫♥.•´¯`•.♥¸•´


apakah masih jauh perjalanan cinta ini....

ingin saja berlari dan bersembunyi dari 

kepayahan ini.

bukan hati menjadi goyah...

cuma ku rasa keliru...

derita yg ku tanggung tiada siapa yg tahu...

bila kerapuhan menemaniku...

memendam kerinduan dikala 

hati semakin sayu..

air mata dan cinta tk dapat dipisahkan...

begitulah aku dan dirimu...

yg tak tahu mana harus dituju...

jalan cinta atau jalan perpisahan...

keraguan masih disitu..

Perasaan ini tak bisa diungkapkan dengan 

kata-kata, perasaan hanya bisa di ungkapkan 


dan ku tahu kau juga seperti aku..

saling merindu dgn hati yg sendu...

sayangku...aku tetap seperti dulu..

yg mencintaimu dgn apa yg ada pada dirimu..

cuma aku bimbang andai kita sama2 lelah 

dgn pengembaraan CINTA ini...

~cinta hati~

andai dia tak menghargai kasih yg 

ada jgn disesali...

kerna satu hari nanti dia pasti menyesal 

kerana melepaskan mu pergi..

tapi tika itu tk guna lagi...kerna mungkin 

kamu sudah tertutup hati..

dan dia....mungkin menyesali.

menangis tiada gunanya lagi..

yg terjadi telah terjadi..dari itu andai ada 

insan yg disayangi...jgn lepaskan cinta yg 

tertanam dihati kerna nanti hatimu juga yg 

terasa sakit sekali..buangkan EGO yg 

menguasai hati..
masih banyak ruang indah di hadapanmu... jangan sempitkan akal dan fikiranmu... CUBALAH BERDIRI DI SEBELAH AIR YANG MENGALIR... PANDANG SESUATU YANG SEDANG HANYUT DARI HADAPANMU: PERTAMA; BIARKAN IA MELINTASIMU DAN TERUS HANYUT BERGERAK KE BELAKANGMU...APAKAH YANG TINGGAL PADAMU JIKA HANYA SEKADAR PANDANGAN.. KEDUA; SEMASA IA MELINTASIMU, AMBIL DAN KEMUDIAN IA MERONTA DAN TERLEPAS SEMULA KE AIR YANG MENGALIR DAN HANYUT SEMULA... KETIGA: SEMASA IA MELINTASIMU, AMBIL JAGA DAN BERIKAN PERHATIANMU.. KEEMPAT: SEMASA IA DALAM JAGAANMU..KAU TERKENANG SEMULA SESUATU YANG TELAH TERLEPAS DARI TANGANMU SEBELUM INI...SEHINGGA MENGABAIKAN APA YANG KAU MILIKI... dari kempat-empat perbuatan di atas.. apakah pengajaran yang boleh ambil... RENUNGKANLAH

13 September, 2011

Macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling ki...


cinta itu bukanlah paksaan..andai si dia tiada cnta di 

hati,relakanlah dia pergi dn brdoalah agar dia bhagia disisi org 

yg dicintai..ketahuilah,andai kita memberi kpd org sesuatu yg 

plg kta sygi,nescaya akan diganti dgn yg lbh baek lg.. 

Jika dia mengkhianati atau meminggirkanmu, 

tersenyumlah..kerana org yg seharusnya bersedih adalah 

dirinya..kamu hanya kehilangan org yg tidak menghargai 

kehadiranmu , sedangkan dia telah kehilangan seseorang yg 

ikhlas menyayanginya..semoga ALLAH SWT membuka hatinya 

kembali ke jalan yg benar...amin...

13.9.2011
genap 3thn ulgthn hbugn SYAFA..
hri y ku nanti saban hr dan waktu,
tp blalu dgn pnuh duka,lara,luka..
pedih hati ini tiada siapa y th..
mybe ini ujian tuk ku..
YA ALLAH S.W.T
kuatkn hmbaMU ini...

09 September, 2011

Dalam diam...hati berkata
mengapa CINTA banyak dugaannya...
CINTA ku cukup sederhana tapi tersimpan sejuta RASA dalam RAHSIA..
terasa ingin meluahkan tapi takut andai jawapannya melukakan...
aku tidak kenal erti SENYUM sehingga aku mengenalimu...
sama ada lama atau baru mengenalimu tidak menjamin tahap kebahagiaannya...
kerna dirimu membuat aku tenang...sejak kita mula berkenalan.
walau dirimu marah...ketawa...aku tetap senang..
ketulusan dalam keikhlasan...
membuat hati yg beban sedikit ringan..
Anehnya CINTA..semakin cuba ku lupakan semakin kuat dalam ingatan..
ketenangan dalam kelukaan ..
itu yg ada pada dirimu...
mengajarku erti sebuah RINDU...
RINDU yg dtg menjenguk setiap hari...
tika aku terfikirkan dirimu...RINDU dtg menghembus ke pipi..
dan ku tahu itu kamu...yg juga RINDU sebagaimana aku.
salahkah kita saling cinta?
atau CINTA yg salah kerna hadir tanpa diduga..
mungkin juga HADIR nya CINTA ini kerna kita sama2 sdg terluka.....dan Tuhan 
tahu apa yg kita inginkan dalam pengakhiran CINTA ini...
CINTA yg suci ANUGERAH dari ILAHI...
Buat diaku....tabahkanlah hatimu..
Aku tetap SAYANG kamu seperti dulu...♥ ♥ ♥
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com
Kenapa CINTA yg lahir dari hati sering disalah erti....

bukan dipinta CINTA ini terjadi...

semuanya berlaku tanpa disedari..

namun batas2nya sentiasa dijaga...

bimbang andai CINTA yg suci dicemari..

ketulusan hati memahat disanubari..

keikhlasan mencintai dipupuk dgn ketabahan dihati..

sama ada pengakhirannya suka atau duka ...

semuanya telah ditentukan ilahi..

dan hamba disini..

menitiskan airmata berulangkali...bukan tidak menerima 

takdir ini

cuma sesekali rasa RINDU itu kerap menghampiri..

semoga Tuan Hamba disana sentiasa tenang dihati...

Ketika kali pertama cinta itu hadir...

Hati merasakan cahaya cinta semakin hampir.....

Wangian kasih mula menular...

ke rangkaian RINDU yg sentiasa mekar..

menjadikan hidup lebih semangat..

walau sesekali tsunami cinta dtg melanda...

ku tadahkan doa pada ilahi agar membawa tsunami cinta itu 

pergi..

syukur pada ilahi kerna mendengar rintihan hati...namun 

dugaan lain dtg lagi 

tanpa dijemput...ianya dtg meragut lagi..

akhirnya aku disini menjadi PERINDU SEPI..kerna semuanya 

telah berlalu pergi...

hati ini tetap menyintai tanpa lelah atau jemu padamu kasih..

hari2 ku lalui bersulam duka yg teramat PEDIH..

menghimpit diri

hati yg REMUK ditusuk ke jiwa 

apakan daya ...aku manusia biasa..

tak berdaya melawannya...

ku terima semuanya dgn keredhaan dihati..

walau ada sedih..akan ku cuba utk pulih.

mencari pengganti tk terfikir dihati..

biarkan aku disini menjadi PERINDU SEPI....

♥♥(¯`O°o..SeKUAT mana CINTA dan KASIH kamu..

Semoga kamu tidak LUPA..

Yang mentakdirkan PERTEMUAN hanya ALLAH..

Yang memberi RASA cinta hanya ALLAH..

Yang menjanjikan KEBAHAGIAAN hanya ALLAH..

Dan yang memberi izin PENYATUAN hanya ALLAH..

Semoga dengan itu, tidak akan pernah terdetik dihati kamu,

Untuk MEMBELAKANGkanNYA dalam urusan JODOH dan 

cinta..

Semoga kalian tidak LUPA,

Kamu BERHAK merencana,

tapi ALLAH lebih berhak menentukan yang TERBAIK

buat hambaNYA..o°O´¯)♥♥

07 September, 2011


Dalam diam...hati berkata

mengapa CINTA banyak dugaannya...

CINTA ku cukup sederhana tapi tersimpan sejuta RASA dalam 

RAHSIA..

terasa ingin meluahkan tapi takut andai jawapannya 

melukakan...

aku tidak kenal erti SENYUM sehingga aku mengenalimu...

sama ada lama atau baru mengenalimu tidak menjamin 

tahap kebahagiaannya...

kerna dirimu membuat aku tenang...sejak kita mula 

berkenalan.

walau dirimu marah...ketawa...aku tetap senang..

ketulusan dalam keikhlasan...

membuat hati yg beban sedikit ringan..

Anehnya CINTA..semakin cuba ku lupakan semakin kuat 

dalam ingatan..

ketenangan dalam kelukaan ..

itu yg ada pada dirimu...

mengajarku erti sebuah RINDU...

RINDU yg dtg menjenguk setiap hari...

tika aku terfikirkan dirimu...RINDU dtg menghembus ke pipi..

dan ku tahu itu kamu...yg juga RINDU sebagaimana aku.

salahkah kita saling cinta?

atau CINTA yg salah kerna hadir tanpa diduga..

mungkin juga HADIR nya CINTA ini kerna kita sama2 sdg 

terluka.....dan Tuhan 

tahu apa yg kita inginkan dalam pengakhiran CINTA ini...

CINTA yg suci ANUGERAH dari ILAHI...

Buat diaku....tabahkanlah hatimu..

Aku tetap SAYANG kamu seperti dulu...♥ ♥ ♥


~cinta hati~