14 December, 2011

‎- BINGKAI HATI -

Cinta hatiku, 
aku terlalu bahagia memiliki dirimu,
Andai kini dirimu terluka,
ibarat aku berjalan tanpa cahaya,
Mungkin aku tahu,
aku tidaklah sesempurna,
Namun demi CINTA ini,
aku akan menyayangimu,
dengan cara yang sempurna,
Aku tak akan bersuara,
jika dirimu kekurangan,
Aku lebih bahagia,
dapat menjadi bingkai hatimu,
Pengorbananku tak pernah ku bicarakan,
Kesetiaanku tak pernah goyah,
Walau badai datang melanda,
Kejujuranku melebihi bahasa,
Kepercayaanmu selalu ku jaga,
Aku takkan pernah menanyakan,
seberapa besar dan seberapa dalam,
cintamu untukku,
Kerana ku tahu CINTA itu,
tak dapat diukur dengan apapun,
Kerana CINTA tulus itu mengalir,
tanpa ada sesiapa yang dapat menghalangnya...

No comments:

Post a Comment