05 December, 2011

seperti berisi..
tetapi kosong..
adaptasi mungkin..
tapi tak jaya..
itu pasti..

kadang datang kenangan
tak mahu tak diundang..

kadang jelma wajah
buatku senyum mahu berbunga..

kadang mahu ku dakap semula..
nostalgia penuh membahagiakan..

aduhai sakti sungguh imbasan
sejuk mahunya mengimbau
mungkin ada jua ingatan dari sana
atau mungkin sedang mengumpul cebis harapan
mahu dijadikan hadiah semula
yang bakinya telah lama terbang
di awan dania...
dibawa angin lalu..

hati mu mahunya terusik sesal
langkah mu dulu laju tak terfikirkan..
mengapa hampa tindak sendiri... mengapa
jangan begitu..
jangan terus...
..dustai hati mu

buaikan saja kasih itu..
lemparkan saja..
kerana tiada yang gembira..
apa guna kasih sayang..
...kalau hati selalu tak senang?

No comments:

Post a Comment