14 December, 2011

‎- BERLALU PERGI -

Mencintaimu adalah membuat,
duniaku berputar sempurna,
setiap detiknya bermakna,
kerana sarat rasa,
malam dan siang,
adalah warna yang penuh cerita,
penuh kisah kerana setiap putarannya,
mengalun indah,

mencintaimu adalah persembahan,
apa adanya dalam hatiku,
menitis rasa dengan jujur,
berdesir bagai darah,
dan kau ada disitu,
ditempat warna merahnya,
tidak akan pernah luruh,

mencintaimu adalah segenap ketakutanku,
akan hilangnya bayanganmu,
bagi duniaku yang berputar setiap waktu,
akan berhentinya darah,
kerana tak ada lagi dirimu,
dan semua tak lagi lengkap,
disaat kau telah berlalu...

No comments:

Post a Comment