20 June, 2011

peristiwa xdirncng 19-6-11


Mencintai Mu Dalam Diam Ku

Kau tahu keras hatiku

Untuk berpaling memandangmu

Itu tidak mungkin ku mahu

Apatah lagi memujamu

Terlalu janggal bagi hatiku

Kerana cinta tiada untukmu

Pintu hati terpaku kaku

Enggan terbuka untukmu



Kau tahu aku begitu

Tiada ku mengambil tahu

Sebenarnya siapa dirimu

Sebenarnya apa maksud bicaramu

Ku nafikan segala nafsu

Untuk sayangimu

Tersenyum padamu

Atau mendengarimu

Kerna dunia maya ini adalah nafsi

Yang indah itu bukan realiti



Namun siapalah aku ini

Sedang hati kepunyaan Rabbi

Menolak senyummu bagai menjerut tawaku

Memekakkan ceritamu bagai membunuh rasaku



Kini....ku akui

Aku dibelenggu emosi

Berperang melawan rindu

Senda gurau usikan manjamu

Dirimu penuh pesona

Bicaramu luar biasa



Di dalam enggan & diamku...

Tanpa rela & sedarku..

Kamu telah wujud di situ

Menjadi penghuni

Dalam palung hati

Tanpa perlu kau memujuk rayu

Dengan rela aku mendengarmu

Berceritalah selama mana mahumu



Bermula kata dimalam hari

Hingga bening dini dijengah mentari

Dengan setia kumenemani

Mendengarmu melakar mimpi

Melayanmu mengukir janji



Aku akan mencintai kamu

Dalam diamku

Kerana sedarku

Kerana kutahu

Beza kau & jua aku

Terlalu sukar untuk bersatu



Nilai cinta ini terlalu berat

Hati kita harus kuat

Rentaknya mulai canggung

Beban jiwa tidak tertanggung

Percintaan ini pasti hebat

Kita mulai rasa penat

Bertahan kita selagi larat



Walau pasti diri ini

Hanya disempadan ilusi

Dunia kita berbeda mimpi

Dimana pun terhentinya nanti

Bila lenaku tiada bermimpi

Tiada ku menuntut janji



Andai kelak aku pergi

Atau tiada lagi aku di hati

Palung hati tiada penghuni

Kumahu kau mengerti



Kau pernah kusayangi

...dan menjadi pujaan hati ~

No comments:

Post a Comment